Aqiqah Online
Pengenalan
Program Ibadat Aqiqah
OnLine adalah satu program dimana
sesorang yang berhajat untuk mengaqiqahkan anak
mereka mewakilkan pengurusan
Kijang Kota Trading untuk menyempurnakan
ibadat tersebut. Pembeli hanya perlu memilih haiwan
ternakkan yang hendak di sembelih dari gambar sampel
yang dipaparkan, menyatakan butir-butir anak dan
membuat pembayaran kepada
Kijang Kota Trading melalui ’bank in’.
Kijang Kota Trading
pula, setelah menerima pembayaran akan menguruskan
ibadat tersebut dan memilih ternakan untuk di
sembelih, melapah dan menghantar daging ke
Madrasah Tahfiz atau ke
Rumah Anak Yatim untuk
di masak
Butir-Butir
Aqiqah
Pembeli memberi butir-butir anak (nama, jantina,
tarikh lahir dan menetapkan dimana daging harus
disedekahkan) dan mewakilkan pengurusan
Kijang Kota Trading
untuk menguruskan penyembelihan, memasak dan
pembahagian daging.
Haiwan
Pembeli memilih haiwan ternakan dari gambar sample
yang dipaparkan. Bagi haiwan ternakan kambing,
Kijang Kota Trading
menyediakan 4 pilihan iaitu Bebiri Kampung,
Bebiri Import (Merino), Kambing Kampung dan Kambing
Import (Farell).
Lain-lain
Pembeli akan menerima Sijil
Aqiqah dari Kijang Kota
Trading (optional). Sijil tersebut akan di
pos ke alamat pembeli sebaik sahaja urusan Ibadat
Aqiqah selesai.
Kijang Kota Trading
akan mengambil amanah untuk menyempurnakan amalan
ibadat aqiqah selewat-lewatnya 3 hari sebaik sahaja
menerima pembayaraan penuh, butir-butir anak dan
jenis haiwan yang di pilih.
 |
Mohd Salamon Mansot
164258334127 |