|
Aqiqah
|
Korban

Ibadat Korban
Ibadat korban merupakan satu ibadat yang sangat
digalakan dalam Islam, khususnya bagi mereka yang
berkemampuan dari segi kewaangan. Ibadat korban
telah disyariatkan oleh Allah pada tahun kedua
Hijrah.
Firman Allah s.w.t ”Sesungguhnya kami (Allah) telah
memberi engkau (Muhammad) kebaikan yang banyak. Maka
*sembahayanglah engkau kerana Tuhanmu dan
sembelihlah (korbanmu)” (Al-Kautsar: 1-2)
* sembahayang yang dimaksudkan di dalam ayat di atas
ialah sembahayang sunat hari raya korban.
Hukum Korban
Hukumnya Sunat Muakkad. Adapun bagi mereka yang
bernazar hukumnya adalah wajib. Bagi mereka yang
berkemampuan adalah makruh meninggalkan amalan ini.
Wajib hukumnya kepada Rasullah s.a.w berdasarkan
hadis: ”Diwajibkan keatasku melaksanakan ibadat
korban namun ia merupakan amalan sunat bagi kamu”. (Riwayat
Imam Tirmizi).
Maksud Korban
Menyembelih binatang ternakan yang terdiri dari unta,
lembu, kambing dan kibas yang sampai *umur pada Hari
Raya Korban (Aidil Adha) 10 Zulhijjah selepas
sembahayang sehinggalah gelincir matahari hari
terakhir tasyrik iaitu 13 Zulhijjah dengan tujuan
mendekatkan diri kepada Allah.
* umur binatang yang boleh dikorbankan
Unta 5 tahun ke atas – 7 bahagian
Lembu, kerbau 2 tahun ke atas – 7 bahagian
Kambing 2 tahun ke atas – 1 bahagian
Bebiri, kibas 1.5 tahun ke atas – 1 bahagian
Ditegah berkorban dengan binatang yang cacat,
berpenyakit, patah anggotanya dan terlalu kurus.
Sunat-Sunat Ketika Menyembelih Binatang Korban
1. Membaca basmilah
2. Selawat ke atas Nabi
3. Menghadap Kiblat
4. Bertakbir
5. Berdoa supaya diterima ibadah korban.
Nota :
Daging korban yang di niat nazar oleh orang yg
bernazar, hendaklah disedekahkan semuanya.
1/3 daripada daging korban sunat boleh dimakan
oleh mereka yang berkorban dan selebihnya
disedekahkan kepada fakir miskin, boleh juga
disedekahkan kepada orang kaya mengikut mahzab
syafie Mereka yang melakukan ibadat korban
disunatkan menyaksikan penyembelihan binatang korban
tersebut seperti mana sabda Rasullah s.a.w
“Wahai Fatimah!, berdirilaha di sisi korbanmu dan
saksikanlah, sesungguhnya titisan darahya yang
pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosa yang
telah lalu”. (Riwayat Bazzar dan Ibnu Hibban).
Menyaksikan sendiri perlaksanaan korban tidak
termasuk dalam syarat-syarat ibadat korban.
Imam Khatib didalam kitabnya Mughni Al-Muhtaj
menyatakan, disunatkan bagi mereka yang melaksanakan
korban untuk menyembelih sendiri binatang korban
tesebut, sekiranya tidak mampu disunatkan bagi
mereka menyaksikan penyembelihan itu.

|
Perbezan
Antara Aqiqah Dan Korban
Terdapat beberapa perbezaan antara
aqiqah dengan korban :
1. Aqiqah tidak terikat pada masa
tertentu, sedangkan korban dilakukan
pada masa-masa tertentu, iaitu selepas
sembahayang dan khutbah Hari Raya ’Aidil
Adha hingga 13 Zulhijjah.
2. Daging aqiqah boleh di beri milik
kepada orang kaya menakala daging korban
hanya boleh diberi kepada fakir miskin.
3. Aqiqah dilakukan sempena menyambut
kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran
kepada Allah, menakala korban dilakukan
kerana memperingati peristiwa
pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya
Ismail a.s.
4. Daging korban sunat disedekahkan
secara mentah, sedangkan daging aqiqah
sunat disedekahkan setelah di masak.
5. Daging aqiqah sunat dimasak dengan
manis-manis, dengan doa harapan agar
agar akhlak dan kelakuan anak itu kelak
menjadi manis dipandang orang.
6. Tulang-tulang haiwan aqiqah sunat
dipotong pada sendi-sendinya menakala
tulang-tulang haiwan korban tidak
sedemikian.
7. Tuntutan melakukan aqiqah hanyalah
sekali sahaja sepanjang hayat, menakala
tuntutan melakukan korban ialah setiap
tahun Hijrah. |
|
|